fbpx

Polis siasat kes buli babit anak Tam Spider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes anak penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah dan pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima lima laporan berkaitan isu berkenaan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Mangsa telah pun dirakam percakapan dan siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam media melaporkan Tam Spider mendedahkan anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama, di sini.

Dakwanya, beberapa pelajar turut menjadi mangsa buli pelajar senior di sekolah berkenaan.

Tambahnya, pihak sekolah juga dilihat tidak peka malah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap masalah buli di sekolah itu meskipun laporan telah dibuat kepada pihak sekolah dan polis. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI