fbpx

Lelaki Korea maut dilanggar ketika melintas jalan sekitar LTSAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan menuju parkir terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 11.48 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa warga Korea yang sedang melintas jalan dari arah terminal untuk ke tempat letak kenderaan telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Harrier yang melalui tempat kejadian.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Polis juga tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI