fbpx

LTdL 2024: Max Poole selangkah bergelar juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Max Poole (dua dari kiri) mengekalkan jersi hijau (pendahulu keseluruhan) pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat ketujuh (Miri - Bintulu) tadi. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

BINTULU – Jaguh pecut Team dsm-firmenich PostNL, Max Poole selangkah untuk menjadi juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 selepas menempuhi perlumbaan mencabar peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu sejauh 199.3 kilometer (km) sebentar tadi.

Pada perlumbaan itu, pelumba Britain berusia 21 tahun itu menamatkan saingan dalam kelompok beramai-ramain dengan menduduki tempat ke-51 sekali gus mengekalkan jersi hijau dengan catatan masa keseluruhan 23 jam 20 minit 26 saat (s)

Menurut Poole, banyak perancangan sudah buat dengan rakan sepasukan memandangkan saingan bertaraf 2.Pro itu hanya berbaki satu perlumbaan esok.

“Kami akan menggunakan pendekatan yang sama untuk perlumbaan peringkat terakhir esok (dalam usaha mengekalkan jersi hijau),” katanya yang dibezakan 13s dengan pencabar terdekatnya, Thomas Pesenti dari JCL Team UKYO

Sementara itu, juara peringkat ketujuh menjadi milik pelumba JCL Team UKYO, Matteo Malucelli yang tiba di garisan penamat dengan catatan masa empat jam 18 minit 3s.

Dua pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvin De Kleijn berada di tempat kedua manakala Maikel Zijlaard melengkapkan kedudukan podium.

Bagaimanapun, De Kleijn terus mengekalkan jersi jingga selaku Raja Pecut selepas mengumpul 66 mata dengan pelumba Burgos BH, Mario Aparicio Munoz meraih jersi polka dot yang membawa gelaran Raja Bukit.

Manabu Ishibashi dari JCL Team UKYO kekal menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia

Jelajah LTdL kini berbaki satu sahaja peringkat dengan barisan pelumba dijadualkan mengelilingi daerah Bintulu sejauh 147.5km hari ini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI