fbpx

Cimpanzi dapat kerja cuci kereta  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua haiwan itu membantu membersihkan kereta. - Instagram 

WASHINGTON – Aksi seorang pesohor media sosial di negeri Carolina Selatan membersihkan keretanya dengan bantuan dua ekor cimpanzi mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Republic World. 

Rakaman kejadian dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @indozone.id. Ia memaparkan lelaki itu membasuh kereta jenama Mercedes di halaman rumahnya. 

Lebih menarik, dia dibantu dua ‘pekerja’ berbulu untuk memudahkan dan mempercepatkan pencucian tersebut. 

Kedua-dua cimpanzi  itu dilihat mencuci badan dan tingkap kereta selain menyembur air untuk menghilangkan buih sabun. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.7 juta tontonan dan rata-rata, netizen terhibur dengan kemahiran pekerja itu. 

“Cimpanzi lebih mudah dapat kerja berbanding manusia,” komen seorang netizen.

“Gaji yang diberi pula ialah setandan pisang,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI