fbpx

‘Batman’ hadir majlis graduasi isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu memakai kostum Batman sambil membawa bunga untuk isterinya. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas membuat kejutan dengan memakai kostum adiwira Batman pada majlis graduasi isterinya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bhakti, wilayah Jakarta Selatan pada Khamis lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @murianews memaparkan lelaki itu berjalan menghampiri isterinya di atas pentas sambil membawa pelanduk dan bunga. 

Dia dilihat memakai kostum Batman yang lengkap termasuk topeng, sarung tangan dan kasut berwarna hitam. 

Lebih menarik, dia turut memberikan nasi berlauk kepada pengajar dan tetamu lain sebagai tanda syukur. 

“Isteri tercinta selama ini menemani dan membantu saya sehingga dia berjaya menamatkan pengajian. 

“Saya buat kejutan dengan memakai kostum watak superhero,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI