fbpx

Zii Jia tekad jamin slot ke WTF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA perlu menyertai sebanyak mungkin kejohanan dan memburu mata untuk memastikan tempatnya di WTF terjamin.

MESKIPUN menghuni kedudukan keenam ranking Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), namun ia bukan tiket untuk perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia berada dalam keadaan selesa.

Sebaliknya, bekas juara Asia dan All England itu tekad untuk menampilkan aksi terbaik dalam baki saingan musim ini bagi memastikan kedudukannya benar-benar terjamin ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China Disember depan.

Zii Jia yang mengumpul 62,860 mata ketika ini berdepan cabaran sengit daripada jaguh Hong Kong, Ng Ka Long (62,850 mata) di kedudukan ketujuh serta Lee Chia Hao (64,860 mata) dari Taiwan di tangga kelapan.

Pemain No.5 dunia itu berkata, dia akan menyertai seberapa banyak kejohanan dengan mendapatkan keputusan positif dan ia bermula pada kejohanan Terbuka Arctic di Vantaa, Finland minggu depan.

“Perancangan selepas ini adalah untuk bertanding dalam semua kejohanan kerana ranking Jelajah Dunia saya di No. 6. Selagi kondisi badan saya mengizinkan, saya akan menyertai setiap kejohanan tersebut.

“Tidak ada kecederaan serius, cuma yang kecil sahaja, tetapi masih perlu dipantau. Macam saya cakap, selagi boleh menjalani latihan dan bermain, saya akan sertai (kejohanan) kerana mahu layak ke WTF,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Insentif 100PLUS di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur sebelum ini.

Zii Jia dijadualkan menyertai kedua-dua kejohanan di Eropah, iaitu Terbuka Arctic di mana dia merupakan juara bertahan serta Terbuka Denmark yang berlangsung pada 15 hingga 20 Oktober ini.

“Saya harap dapat mengulangi pencapaian tahun lalu ketika beraksi di Finland dan Denmark. Ia penting bagi mengekalkan kedudukan ranking saya,” ujar pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu menerima insentif sebanyak RM100,000 daripada syarikat minuman isotonik, 100PLUS atas pencapaiannya memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI