fbpx

EPL: Emery waspada situasi terdesak Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLA turun dengan dua kelebihan berdepan United apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri selain bermotivasi tinggi selepas membenam Bayern. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery enggan terjerat dengan masalah yang melanda rakan sejawatnya di Manchester United, Erik Ten Hag dan mahu pasukannya terus berwaspada dengan situasi sukar dialami pasukan lawan yang mereka akan tentang di Villa Park malam ini.

Emery yang berjaya membantu Villa melakar kejutan menewaskan Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara pada Khamis lalu dan meletakkan pasukan itu di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) percaya Ten Hag masih memiliki muslihat yang berbahaya.

“Saya sangat menghormati Ten Hag. Saya hormatinya kerana beliau berjaya mengemudi pasukannya menewaskan kelab saya lebih banyak berbanding saya menewaskannya. Beliau adalah seorang juara, mereka memenangi Piala FA.

“Saya fikir Ten Hag masih lagi pengurus yang hebat, cuma jangkaan apabila berada di kelab sebesar Manchester United sangat tinggi dan beliau sedang melakukan proses tersebut.

“Kami memenangi perlawanan pertama bertemu mereka ketika saya baru tiba di sini, tetapi selepas itu kami tewas empat kali bertemu mereka. Mereka masih lagi kekal pasukan yang handal, memiliki pengurus dan pemain berpengalaman.

“Mereka mungkin tidak konsisten dengan keputusan yang baik ketika ini, tetapi beraksi dalam perlawanan penting seperti kali ini, mereka mampu mengeksploitasi kapasiti dan kemahiran. Saya akan mempersiapkan pasukan lebih berbanding ketika kami bertemu Bayern,” jelasnya.

Emery mungkin tidak dapat menurunkan khidmat Leon Bailey dan Jacob Ramsey yang mengalami kecederaan ketika bertemu Bayern dan beliau juga mahu para pemainnya supaya tidak terbuai dengan kejayaan menewaskan Bayern.

“Objektif pertama kami adalah konsisten dalam saingan EPL. Kami menikmati kemenangan di Liga Juara-Juara untuk meraih enam mata ketika ini, tetapi itu tidak mengubah fikiran saya mengenai misi utama kelab ketika saya tiba di sini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI