fbpx

Formasi reben merah jambu seramai 2,050 peserta pecah rekod MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (tengah) bersama 2,050 peserta menyertai program formasi reben merah jambu (pink ribbon) bagi memecahkan rekod MBOR.

PUTRAJAYA – Seramai 2,050 peserta berjaya meletakkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pembentukan formasi reben merah jambu (pink ribbon) terbesar.

Ia sekali gus mengatasi rekod formasi dibuat oleh 1,600 peserta dalam satu program anjuran sebuah jenama farmaseutikal sekitar tahun lalu.

Lebih menarik, formasi yang dibentuk adalah simpulan riben merah jambu dimana peserta diletakkan dalam pagar khusus serta memakai pakaian serba merah jambu.

Rekod baharu itu dipecahkan sempena sambutan Karnival Pink October anjuran Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya sebagai simbol komitmen bersama dalam perjuangan melawan kanser.

Turut serta dalam membentuk formasi sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Institut Kanser Negara (IKN), Dr Mohd Anis Haron@Harun.

Majlis penyerahan plak pengesahan MBOR diserahkan Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar Johor kepada IKN sambil disaksikan Fadillah di ruang tempat letak kereta IKN hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI