fbpx

Eagle’s Nest SkyWalk selamat dikunjungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eagle's Nest SkyWalk

LANGKAWI – Eagle’s Nest SkyWalk meyakinkan pengguna platform kaca yang menjadi salah satu tarikan pelancong di Gunung Machinchang, di sini adalah selamat untuk pengunjung.

Langkawi Skywalk Sdn. Bhd. yang mengendalikan tarikan itu berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Menurutnya, jabatan tersebut kini sedang melakukan siasatan bagi insiden juruteknik elektrik yang terjatuh semasa menjalankan tugas di situ.

“Syarikat juga tidak akan mengabaikan kebajikan mangsa dan keluarga beliau di mana pihak syarikat akan membantu mengikut saluran-saluran sedia da.

“Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kawasan lantai kaca untuk kunjungan awam atau pelawat berada di dalam keadaan yang selamat dan tidak terjejas,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ditetapkan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan juruteknik Eagle’s Nest SkyWalk yang terjatuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ditemukan meninggal dunia di lereng Gunung Machinchang, di sini, kelmarin. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI