fbpx

Pelajar tingkatan 5 maut digilis lori ketika pergi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang pelajar Tingkatan 5 maut digilis lori selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya di Persiaran Saujana Impian menghala ke Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku ketika remaja lelaki berusia 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya pukul 2 petang.

“Kemalangan itu melibatkan motosikal dengan sebuah lori di Persiaran Saujana Impian menghala ke arah Kajang.

“Semasa melalui Persiaran Saujana Impian dipercayai mangsa membrek motosikal yang ditunggang lalu hilang kawalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan di laluan sebuah lori yang berada di sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa diserahkan ke Hospital Serdang manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu lori yang terlibat kemalangan diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496 bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI