fbpx

Ular sawa batik baham biawak tersepit pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap ular sawa batik yang tersepit pada pagar rumah penduduk kampung di Kampung Charuk Gorok, Baling semalam

BALING – Seorang penduduk terkejut apabila mendapati seekor ular sawa batik seberat kira-kira 40 kilogram (kg) tersepit pada pagar rumahnya di Kampung Charuk Gorok, di sini semalam.

Menurut Ahmad Nazarudin Md. Romly, 42, dia menyedari kehadiran reptilia itu ketika mahu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

“Masa nak keluar rumah, saya dengar bunyi bising haiwan lain seperti tupai dan monyet, saya pun pergi ke arah bunyi itu sebelum ternampak ular sawa tersebut.

“Ular sawa batik itu didapati tersepit di celah jaring pagar di bahagian luar dan sedang menelan seekor biawak,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap ular berkenaan.

Sementara itu Pegawai APM Baling, Leftenan (PA) Mohd Faisol Ab Aziz berkata, anggotanya mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular sawa batik itu

“Operasi menangkap ular itu agak mudah kerana bahagian kepala tersepit di celah pagar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI