fbpx

Maut dihempap jentolak dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat Matius Kapong yang dihempap jentolak di kawasan hutan di Seri Bandi, Kemamam semalam.

KEMAMAN – Seorang pemandu jentera berat maut selepas jentolak dipandunya terbalik lalu menghempapnya di kawasan hutan berhampiran Seri Bandi dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, mangsa, Matius Kapong Richard@Richi, 54, yang berasal dari Tawau, Sabah meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata,
sewaktu kejadian, Matius Kapong dikatakan sedang melakukan kerja-kerja menolak tanah di lereng bukit di kawasan hutan tersebut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila jentolak berantai yang sedang dikendalikan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik ke gaung berhampiran.

“Impak kejadian itu menyebabkan mangsa telah dihempap jentera tersebut,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, mangsa yang tersepit telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba dengan bantuan dua buah jentera berat lain.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI