fbpx

Vape bentuk ‘marker pen’, gam UHU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar dikongsi memaparkan rokok elektronik yang menyerupai pen penanda dan gam.

PETALING JAYA – Ibu bapa dan guru-guru dinasihatkan untuk lebih peka dengan kewujudan vape ataupun rokok elektronik yang menyerupai bentuk pen penanda (marker pen) atau pelekat serbaguna, UHU.

Melalui satu perkongsian di laman X Public Health Malaysia, rokok elektronik tersebut juga direka menyerupai sebatang pensil dan boleh mengelirukan penjaga ataupun guru.

“Mohon ibu bapa dan guru guru tolong alert (peka) dengan reka bentuk vape.

“Sekali pandang memang nampak macam pen marker dan gam uhu. Rekabentuk pensil 2B pun ada!,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna menyuarakan kebimbangan terhadap kewujudan rokok elektronik dengan reka bentuk mengelirukan tersebut.

“Ini memang target untuk budak sekolahlah. Tak bertamadun langsung. Cari pembekal, saman sampai bisnes lingkup,” kata Kai.

“Minta pihak berwajib memandang serius, ‘banned’ kedai tak guna yang jual ini,” kata mckgswp.

“Itu pelekat, tapi dah tentu budak boleh bawa ke sekolah supaya cikgu tak perasan,” kata Nik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI