fbpx

Inisiatif Amal Beli-belah Buku AmBank santuni pelajar B40 di Sibu Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Emeritus merangkap Penasihat Kehormat Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim (kiri) menyantuni pelajar memilih buku dalam program yang diadakan di di Perpustakaan Awam Sibu Jaya.

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank memperkasa 500 pelajar dari tiga buah sekolah yang bernaung di bawah Program Sekolah Angkat AmBank melalui Inisiatif Amal Beli-belah Buku di Perpustakaan Awam Sibu Jaya.

Program berkenaan memberi peluang kepada pelajar daripada komuniti B40 memilih buku dan bahan pembelajaran bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka.

Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Shazman Shahid berkata, pihaknya percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan adalah salah satu cara yang berkesan untuk menyumbang kepada masa depan negara.

“Dengan menyokong pelajar-pelajar ini, kami bukan sekadar memberikan buku, tetapi turut menyediakan akses kepada sumber yang akan merangsang perkembangan intelektual mereka.

“Ambank sentiasa komited untuk mencipta peluang yang mampu membentuk masa depan lebih cerah, dan kami bangga dapat menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Sibu Jaya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tambah beliau, inisiatif tersebut turut mempamerkan perana Kumpulan AmBank sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab serta komited dalam perkhidmatannya terhadap kesejahteraan komuniti yang berterusan.

“Kami mengharapkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) AmBank akan terus memberi impak positif di seluruh Malaysia, terutamanya dalam bidang pendidikan, pembangunan komuniti, dan kelestarian,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Shazman berkata, Inisiatif Amal Beli-belah Buku adalah salah satu usaha untuk menyokong Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dalam memperkukuhkan peranan Perpustakaan Awam Sibu Jaya sebagai pusat pembudayaan membaca.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sibu Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thian Hua. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI