fbpx

Lelaki anti pelitup muka kesal remehkan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chuck Stacey. - Twitter

TALLAHASSEE, Florida – Seorang lelaki anti pelitup muka di Florida, Amerika Syarikat meluahkan rasa menyesal tidak memakai pelitup muka selepas dijangkiti wabak koronavirus, baru-baru ini.

Chuck Stacey, yang kini dirawat di hospital akibat Covid-19 merakam sebuah video menunjukkan dia perlu diberikan bantuan oksigen untuk bernafas dan mungkin perlu diintubasi jika keadaannya semakin teruk.

“Saya tidak memakai pelitup muka. Saya sepatutnya pakai. Jangan jadi macam saya.

“Saya pernah percaya Covid-19 hanya selesema biasa dan semuanya akan hilang. Saya ingat ia hanya permainan politik. Saya tidak fikir pelitup muka akan membantu. Saya salah,” katanya.

Menurut laporan Daily News semalam, Stacey turut mendedahkan menerima banyak ugutan bunuh berikutan pengakuan yang dibuat dalam video berkenaan.

“Jika memakai topeng dapat mengurangkan risiko anda dijangkiti wabak maut ini meskipun hanya lima peratus, tolonglah pakai pelitup muka.

“Lakukan untuk anak-anak anda, untuk orang yang anda sayangi. Lakukan untuk diri sendiri,” rayunya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI