fbpx

Liga Super: JDT enggan dibuai kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT tidak mahu terbuai dengan kejayaan meraih kemenangan pada aksi ACLE sebaliknya fokus untuk bertemu Perak malam ini.

KEMENANGAN 3-0 ke atas Shanghai Shenhua di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tidak pernah menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) leka sebaliknya mahu terus menghadirkan kejayaan.

Malam ini, Harimau Selatan akan turun ke Stadium Perak bagi berdepan Perak selepas pertemuan asal 17 Ogos lalu ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Seakan tiada jalan lain, pengendali JDT, Hector Bidoglio mahu anak buahnya menyiapkan diri dengan lebih baik bagi mengelak berlaku kejutan memandangkan The Bos Gaurus sedang berada pada momentum terbaik selepas raih tiga kemenangan berturut-turut.

 “Ia adalah perlawanan penting buat kami dan seluruh pasukan kena sentiasa waspada denga Perak kerana mereka menang dalam aksi sebelum ini.

“Sudah pasti mereka sedang beada pada motivasi terbaik dan kami juga perlu tampil persembahan menyakinkan bagi memastikan kemenangan. Siapa pun yang akan diturunkan kena memastikan mereka berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Pada aksi 7 Ogos lalu, kedua-dua pasukan hanya sempat bermain kira-kira empat minit sebelum dihentikan kerana cuaca buruk sebelum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) buat keputusan menangguhkan perlawanan.

Kali terakhir Perak berjaya mencuri mata daripada JDT adalah ketika seri 2-2 pada Mac 2021 manakala lima perlawanan selepas itu berpihak kepada Harimau Selatan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI