fbpx

Ribut petir, hujan lebat di seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir akan melanda semua negeri sehingga pukul 7 malam hari ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Kedah.

“Cuaca sama juga dijangka melanda Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Begitu juga di Perak melibatkan kawasan seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang.

“Di Kelantan pula dijangka berkaku di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang,” lapornya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal melanda negeri Terengganu di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Cuaca sama juga dijangka melanda beberapa tempat di Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

“Selain itu, negeri Selangor turut berdepan cuaca buruk di Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Hujan lebat, angin kencang dan ribut petir juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Port Dickson dan Rembau), Putrajaya, Labuan serta Melaka,” terangnya.

Di Johor pula melibatkan kawasan Tangkak dan Segamat manakala di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Tidak ketinggakan di Sabah dijangka melanda Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI