fbpx

ACL2: Faisal gembira lebih lama di padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kiri) dimasukkan sebagai pemain gantian dan beraksi lebih setengah jam ketika menentang Cebu kelmarin.

BINTANG sensasi Selangor FC, Faisal Halim seakan hilang kata-kata apabila memperoleh peluang kira-kira 30 minit beraksi di pertandingan peringkat Asia pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL 2) menentang Dynamic Herb Cebu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu anggap penampilannya kali ini sebagai detik indah dalam kariernya selepas tidak berpeluang bermain di Asia bersama Terengganu musim lalu.

“Sudah tentu kita bekerja keras untuk ke Asia dan kali ini mimpi jadi kenyataan. Saya dapat merasainya (bermain di ACL 2), namun masih banyak perlawanan lagi yang kita kena lalui.

“Jadi, kami pun kena baiki lagi apa yang kurang, begitu juga dengan saya, saya kena bekerja keras untuk dapatkan prestasi saya semula,” katanya.

Pada aksi kelmarin, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey dimasukkan pada minit ke-62 bagi menggantian Alvin Fortes sekaligus memberikan tempoh paling lama buatnya bermain sejak pulih daripada kecederaan lecur ekoran disimbah asid.

Bagaimanapun, Mickey tidak akan bersikap leka kerana percaya masih banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan bagi memastikannya mampu kembali ke prestasi terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI