fbpx

EPL: Guardiola lakukan lima perubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWIS mungkin akan diturunkan pada aksi menentang Fulham selepas berjaya mempamerkan aksi yang meyakinan Guardiola. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dijangka melakukan lima perubahan dalam kesebelasan utama pasukan ketika mereka bersiap sedia untuk perlawanan penting menentang Fulham di Stadium Etihad pada malam ini.

Selepas keputusan seri 2-2 yang mengecewakan menentang Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), City sedang mencari rentak kemenangan untuk kembali bersaing dalam liga.

City baru sahaja mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat Eropah dengan kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Slovan Bratislava dalam saingan Liga Juara-Juara sekali gus menjadi penebus selepas terikat 1-1 menentang Newcastle United di perlawanan liga sebelumnya.

Namun, Guardiola kini berhasrat untuk mengembalikan skuadnya ke landasan kemenangan dalam EPL dan terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Liverpool dan difahamkan dia akan membuat lima perubahan berbanding kesebelasan utama yang beraksi di Slovakia.

Meskipun Stefan Ortega berjaya mengekalkan rekod bersih (clean sheet) dalam perlawanan tersebut, penjaga gol utama Ederson Moraes dijangka akan kembali mengawal gawang di Etihad.

Perubahan lain yang diramalkan termasuk kemasukan Rico Lewis, yang mempamerkan aksi cemerlang dengan umpanan gol kepada Erling Haaland untuk gol penyamaan ketika menentang Arsenal.

Situasi itu mungkin akan menyaksikan Kyle Walker direhatkan, memberi peluang kepada Lewis untuk terus membuktikan keupayaannya.

Di bahagian pertahanan, John Stones yang baru kembali beraksi dengan prestasi baik dalam Liga Juara-Juara berpotensi diberikan tempat dalam kesebelasan utama, sementara Manuel Akanji mungkin akan direhatkan dengan Ruben Dias dijangka mengambil alih posisi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI