fbpx

Liga Europa: Man. United cipta satu lagi rekod buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE menyelamatkan maruah United selepas meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengikat Porto awal pagi semalam. - AFP

PORTO – Kerapuhan benteng pertahanan Manchester United di bawah kendalian Erik Ten Hag menyaksikan mereka mencipta satu lagi rekod mengecewakan ketika terikat 3-3 menentang FC Porto pada aksi Liga Europa di Estadio De Dragao awal pagi semalam.

Mereka bolos dengan tiga gol selepas berjaya mendahului dengan dua jaringan awal sebelum Harry Maguire menyelamatkan maruah The Red Devils untuk pulang dengan satu mata sekali gus kempunan untuk meraih kemenangan pertama selepas dua perlawanan.

Perlawanan menentang Porto menyaksikan United buat kali 31 bolos dengan dua gol atau lebih sejak musim lalu dan ia mengatasi semua pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris untuk menjadikan mereka memiliki rekod pertahanan paling teruk.

Musim lalu, Ten Hag memberikan alasan isu kecederaan pemain pertahanan sebagai punca benteng mereka menjadi sangat rapuh, namun kehadiran beberapa pemain baharu seperti Matthijs De Ligt menyebabkan beliau perlu mengatasi masalah itu segera.

Menurut Ten Hag, pasukannya memiliki kemampuan bertahan yang baik berdasarkan rekod beberapa perlawanan lalu apabila mereka kekal dengan aksi tanpa bolos menentang Southampton, Barnsley dan Crystal Palace.

“Kami mempunyai tiga aksi tanpa bolos sebelum ini, jadi kami mampu untuk bertahan dengan baik dan kami perlu kembali ke tabiat itu untuk memenangi perlawanan,” katanya.

Pengendali United itu juga masih percaya pasukannya mampu untuk mengubah nasib di sebalik keputusan kurang baik diperoleh serta spekulasi yang menyelubungi pasukan itu selepas mereka berjaya merangkul dua piala dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

“Jangan nilai kami ketika ini, tetapi pada hujung musim nanti. Kami masih dalam proses dan pasti akan ada peningkatan. Kami berjaya ke pentas final dalam dua musim lalu, tunggu dan kami akan bangunkan pasukan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI