fbpx

EON, SOLS Foundation bawa tenaga bersih untuk komuniti Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akkbar (tengah) bersama Pengarah Eksekutif SOLS Foundation, Daniela Strimbei (empat dari kanan) pada majlis penyerahan yang diadakan di Glenmarie.

PETALING JAYA – EON Berhad (EON), anak syarikat DRB-HICOM Berhad melancarkan kerjasama dengan organisasi bukan berasaskan keuntungan, SOLS Foundation untuk membawakan tenaga boleh diperbaharui kepada masyarakat Orang Asli di Rompin, Pahang menerusi penggunaan panel solar.

Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di ibu pejabat EON di Glenmarie, Shah Alam hari ini, yang menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial menyerahkan 33 panel solar kepada SOLS Foundation untuk diangkut dan dipasang di Kampung Binjai, Rompin.

Akkbar berkata, projek itu akan membantu memastikan bekalan elektrik berterusan untuk masyarakat di sana, seterusnya akan memupuk keadaan hidup lebih baik dan meningkatkan usaha pendidikan, di samping merangsang ekonomi tempatan.

“Di EON, kami percaya kejayaan kami berkait rapat dengan kesejahteraan komuniti kami.

“Melalui inisiatif seperti ini, kami memacu perubahan positif dengan mencipta peluang baharu dan meningkatkan kualiti hidup dalam komuniti yang layak,” katanya dalam satu kenyataan.

Akkbar melihat panel solar yang bakal dipasang di Kampung Binjai.

Projek tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan ‘Wheels of Hope 2.0’ EON, yang membawa objektif memacu pemerkasaan dan membolehkan aktiviti yang akan membantu memajukan matlamat kemampanan.

“Kami berharap untuk terus meneroka cara baharu dalam menyokong komuniti tempatan, termasuk dengan Yayasan SOLS.

“Penyerahan panel solar hari ini menambah usaha kami dalam mewujudkan impak yang mampan. Bersama-sama, kami membuat perubahan, satu panel solar pada satu masa,” tambah Akkbar. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI