fbpx

‘It’s new life for me’ – Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRA kini menonjolkan kehidupannya semakin ceria untuk tatapan umum.

SEJAK disahkan bercerai talak satu dengan pengarah popular, Syamsul Yusof pada bulan lalu, nama Ira Kazar memang kerap muncul dalam media sosial.

Kalau bukan cerita peribadi, pasti tentang gelagatnya menerusi video-video yang dimuat naik dalam media sosial.

Terbaharu, Ira mencuri perhatian apabila memuat naik video menyanyikan lagu Feeling Good dendangan Michael Bubble.

Video tersebut memaparkan transisi Ira sebelum dan selepas bersolek sehingga ada yang menyamakannya seperti pelakon Bollywood, Deepika Padukone!

Lucunya, ada juga memuji dan suka melihat bahagian gigi Ira yang dikatakan sangat tersusun.

“Terbang tinggi Ira, awak cantik dan pasti ada rezeki lain menanti.

“Macam Deepika! Suka tengok gigi, senyum pun manis,” puji netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI