fbpx

‘Tak akan harimau Zoo Negara nak melompat macam orang dewasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor harimau belang yang ada di Zoo Negara.

AMPANG – “Tak akan harimau di sini (Zoo Negara) nak melompat macam orang dewasa kalau ‘happy’ (seronok). Nak yang suka melompat, boleh tengok cimpanzi”.

Demikian reaksi Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmat Lana ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan harimau di Zoo Negara tidak aktif.

Menurut Rosly, secara kebiasaannya harimau belang yang dipamerkan di Zoo Negara aktif di sebelah malam, bagaimanapun pada waktu siang haiwan tersebut masih bergerak mengikut rutin seekor harimau.

“Kalau anak harimau, ya, mereka akan lebih aktif berbanding harimau dewasa. Maknanya bila semakin dewasa harimau ini sudah matang dan pergerakannya juga tidak lagi seperti anak harimau.

“Kalau kita yang manusia pun tingkah laku akan berubah mengikut usia, sama juga dengan haiwan,” katanya ketika ditemui di Zoo Negara, di sini hari ini.

Sementara itu, Tinjauan Kosmo! di Zoo Negara hari ini mendapati dua ekor harimau belang yang dikenali sebagai Squash dan King King berada dalam keadaan sihat serta fizikalnya gagah perkasa.

Anggaran berat bagi harimau belang tersebut adalah antara 120 hingga 150 kilogram (kg) seekor.

Terdahulu, seorang pempengaruh menyuarakan kekecewaan terhadap pengurusan Zoo Negara dengan mendakwa haiwan di fasiliti itu dilihat terabai terutama harimau belang.

Pempengaruh itu juga mendakwa, haiwan tersebut kelihatan lemah, tidak aktif dan kurang berat badan.

“Kita boleh nampak haiwan di sini gembira atau tak. Perut harimau dilihat kempis sedangkan pemberi makan di Zoo Negara memiliki perut lebih besar dan beberapa haiwan kelihatan sakit,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI