fbpx

Liyana Jasmay makan, mata redup pun nak kecoh!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIYANA Jasmay selalu menerima komen jelik apabila memuat naik video makan-makan dalam laman sosial.

BUKAN perkara baharu tetapi video ‘makan-makan’ Liyana Jasmay masih menjadi bualan ramai sehingga tular dalam media sosial ketika ini.

Makanlah apa sahaja, pasti ada sahaja yang melemparkan usikan nakal terhadapnya.

Menerusi salah satu videonya, ada yang melabel Liyana kelihatan seperti penagih dadah hanya disebabkan reaksi mukanya ketika menikmati setiap juadah.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak ‘membantutkan’ niat Liyana untuk terus berkongsi video-videonya menikmati pelbagai jenis makanan.

Malah, ramai yang menyokongnya untuk terus memuat naik lebih banyak video sebegitu dalam TikToknya.

“Jangan kacau Liyana! Dia makan buat kami pun rasa berselera sekali.

“Mata ‘redup’ pun dituduh macam ambil dadah. Liyana, jangan layan komen netizen,” ujar peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI