fbpx

Perak hadapi krisis lambakan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Perak berdepan situasi lambakan unit hartanah termasuk perumahan apabila sebanyak 4,161 unit hartanah belum terjual di negeri itu pada suku kedua tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mahu para pemaju melaksanakan perancangan teliti kajian pasaran supaya harga dan jenis kediaman yang ditawarkan menepati kehendak serta kemampuan pembeli.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa memantau situasi pasaran hartanah melalui Laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Tambahnya, setakat tahun 2023, terdapat 4,598 unit hartanah tidak terjual di negeri itu dan menurun kepada 4,588 unit pada suku pertama 2024.

“Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, saya menyeru kepada para pemaju agar terus melaksanakan perancangan dengan teliti. Kajian pasaran yang menyeluruh perlu dijalankan bagi memastikan harga dan jenis kediaman yang ditawarkan menepati kehendak pasaran serta kemampuan pembeli.

“Dengan ini, kita dapat mengelakkan lambakan hartanah yang tidak terjual, yang boleh memberi kesan kepada aliran tunai pemaju,” katanya semasa merasmikan penganjuran Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di sini hari ini.

Disebalik itu, beliau tetap optimis terhadap sektor hartanah di Perak dan melihat keperluan mendesak permintaan rumah ekoran pembangunan industri di beberapa kawasan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI