fbpx

Pokok paku lima terbalik dalam sungai punca banjir melimpah laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POKOK paku lima yang tumbang ke dalam Sungai Ketil sehingga menyebabkan rumah penduduk di tepi sungai dimasuki air di Kampung Batu 48, Bongor, Baling.

BALING – Sebatang pokok paku lima sebesar empat pemeluk orang dewasa berusia kira-kira 100 tahun yang tumbang merentangi Sungai Ketil didakwa punca air sungai melimpah dengan cepat memasuki rumah penduduk di pinggir sungai itu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bongor Masjid, Mohd. Sabri Abd Aziz, 58, berkata, sebanyak 25 buah rumah yang melibatkan 105 mangsa berhadapan banjir kilat dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Banjir bermula pukul 4.30 pagi ini apabila hujan lebat sejak pukul 5 petang semalam, tetapi setakat pukul 1 pagi air sungai tidak naik ke tebing lagi. Cuma pada pukul 4.15 pagi, air mula melimpah ke tebing apabila arus sungai terhalang oleh pokok tumbang yang merentangi Sungai Ketil.

“Kejadian itu menyebabkan laluan air sungai terhalang dan melimpah ke tebing dengan cepat sebelum memasuki rumah penduduk yang berada di kiri dan kanan sungai,” katanya.

Menurutnya, walaupun sering dilanda banjir, belum pernah mereka berhadapan bencana seteruk itu, justeru beliau memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil tindakan segera membuang pokok itu kerana bimbang banjir lebih teruk jika terus hujan.

“Bukan hanya pokok tumbang itu sahaja perlu dibuang, tetapi ada dua tiga pokok lagi yang berada di tebing sungai yang telah condong dan mungkin akan tumbang bila-bila masa ke dalam sungai berikutan tebingnya yang semakin terhakis,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya bersedia membantu JPS sekiranya diperlukan untuk membuang dahan-dahan pokok pukul lima yang tumbang itu.

“Pokok itu telah menghalang laluan sungai dan tindakan segera perlu dilakukan kerana bimbang sekiranya hujan lebat berlaku lagi yang berkemungkinan boleh mengakibatkan banjir lebih besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI