fbpx

Dobi, bangunan kerja kawasan baharu larangan merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (tengah) pada sesi taklimat berhubung Akta 852 di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Premis dobi dan bangunan tempat kerja adalah dua kawasan baharu yang diwartakan sebagai kawasan tempat larangan merokok yang akan mula dikuatkuasakan selepas 1 Januari depan.

Ia antara 28 kawasan yang disenaraikan dalam tempat larangan merokok berbanding 23 lokasi selepas Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] dikuatkuasakan bermula 1 Oktober lalu.

Penguatkuasaan kawasan baharu itu dibuat secara berfasa dan memberi tempoh tiga bulan kepada premis berkenaan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan, manakala tempat larangan merokok yang telah diwartakan sebelum ini dikuatkuasakan berterusan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, beliau bersyukur pewartaan premis dobi sebagai kawasan larangan merokok di bawah Akta 852 selepas perkara itu sudah lama diperjuangkannya ketika beliau menjawat Menteri Kesihatan pada 2019.

“Pastinya saya bersyukur akhirnya dobi menjadi tempat kawasan larangan merokok.

“Ini kerana kawasan itu didatangi ibu-ibu, isteri yang membawa anak-anak kecil memandangkan ia tempat awam,” katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi taklimat media Akta 852 di sini hari ini.

Susulan itu, mana-mana individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.

Bermula Selasa lalu, Akta 852 yang diwartakan pada 2 Februari lalu berkuatkuasa serta-merta dan berfasa, kuasa serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI