fbpx

Wang KWSP, dana unit Amanah RM163,300 lesap akibat pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Seorang pesara swasta berputih mata apabila wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dana unit amanah miliknya sebanyak RM163,300 lesap selepas dia terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula Julai tahun lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berumur 50-an menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai Selina dari ahli Group L-Trader.

“Dalam perbualan mangsa dengan suspek, suspek telah menerangkan berkenaan pelaburan dan mangsa berminat melabur.

“Suspek mula mendaftar pelaburan tersebut dengan mengisi maklumat peribadi di dalam pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp dan nombor telefon mangsa juga telah dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi WhatsApp pelaburan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, selesai mendaftar di dalam aplikasi diberikan, mangsa memperolehi wang e-wallet sebanyak RM 5,000 diberikan oleh syarikat pelaburan.

Katanya, sejurus selepas itu mangsa diberitahu mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM213.05 dan wang keuntungan tersebut telah dipindahkan ke akaun mangsa.

Jelasnya, kerana tertarik dengan pelaburan tersebut, mangsa telah membuat 15 kali pindahan wang daripada akaun miliknya ke satu akaun yang telah diberikan.

“Mangsa kemudiannya masih tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan yang dijanjikan dan pihak pelaburan memberi pelbagai alasan sebelum mangsa mengesyaki ditipu dan membuat laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu ,Yahaya mengingatkan orang ramai supaya jangan percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat dan jangan sesekali memasukkan wang ke akaun bank yang tiada kaitan dengan pelaburan yang dibuat.

Ujarnya, orang ramai juga boleh menyemak senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di Bank Negara Malaysia atau pun oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI