fbpx

Pasangan kekasih jual syabu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPASANG kekasih dicekup selepas dipercayai terlibat dalam mengedar dadah di Pontian, Selasa lalu.

PONTIAN – Sepasang kekasih diberkas selepas disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar bandar Pontian, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 26 tahun ditahan kira-kira pukul 12.45 tengah malam ketika berada di dalam kereta di kawasan Pusat Perdagangan Pontian.

Katanya, teman wanitanya yang berusia 36 tahun diberkas di tepi jalan di kawasan sama.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui 5,175 gram dadah dipercayai syabu bernilai RM179,250.

“Ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamin selain mempunyai rekod jenah lampau berkaitan dadah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, suspek direman selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 Oktober ini, manakala kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB ) 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI