fbpx

Langit bertukar warna-warni 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena langit menjadi warna-warni yang kelihatan seperti pelangi. - X

NEW DELHI  –  Penduduk di Bengaluru, India digemparkan dengan pemandangan langit bertukar warna-warni akibat pergerakan komet, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin. 

Komet dinamakan C/2023 A3 atau Tsuchinshan-ATLAS itu dipercayai menghampiri Bumi, namun  tiada risiko pelanggaran. 

Rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @cdf01f37b5da403 menunjukkan fenomena langit bertukar warna-warni seperti hijau, merah jambu dan kuning serta kelihatan seperti pelangi. 

Beberapa saksi berkata, mereka terperanjat melihat pemandangan luar biasa dan mempesonakan itu.

Portal berita The Hindu melaporkan bahawa kejadian jarang berlaku itu adalah hasil interaksi komet dan atmosfera Bumi. 

Ahli astrofizik, RC Kapoor menjelaskan bahawa pergerakan objek angkasa lepas tersebut yang paling  hampir dengan Matahari berlaku pada 27 dan 28 September lalu.

“Pergerakan itu akan kekal kelihatan di langit pada untuk beberapa hari pertama pada bulan Oktober,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI