fbpx

Nabila Razali kini hamil, bersalin anak pertama Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Razali sedang hamil anak pertama dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Nabila Razali kini sedang hamil anak pertama dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd. Razali, 32, meluahkan rasa syukur dan teruja bakal bergelar ibu dan bapa bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani, 39.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.

“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti.

“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan usia kandungan Nabila kini sudah memasuki enam bulan.

Sejak disahkan hamil, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu mengakui mudah berasa penat dan memerlukan lebih banyak waktu untuk berehat.

“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.

“Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” katanya.

Berkongsi tentang keadaan dirinya sepanjang kehamilan, Nabila memberitahu tidak mengalami sebarang perubahan ketara melainkan selera makan yang makin bertambah.

“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.

“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” katanya.

Sekadar info, Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI