fbpx

Bapa tukar bilik anak jadi penjara kerana ponteng kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu mengosongkan bilik dengan mengeluarkan semua barang yang ada. - TikTok

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) mengundang perhatian orang ramai kerana menukar bilik tidur anak perempuannya menjadi seperti penjara kerana kanak-kanak berkenaan ponteng kelas Matematik di sekolah, lapor portal berita Hindustan Times semalam. 

Menerusi rakaman kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @vince_nyla, lelaki itu mengosongkan bilik anaknya dengan mengeluarkan semua barangan yang ada. 

Ini termasuk pakaian, cadar, tilam, rak, televisyen dan katil. 

“Anak perempuan saya ponteng kelas Matematik untuk kali kedua bersama dua rakannya. Jadi, saya nekad menghukumnya dan menukar bilik tidurnya menjadi sel penjara. 

Dia juga mengarahkan anaknya menulis ayat ‘saya ponteng kelas matematik’ pada baju-T dan memaksa anaknya memakai baju itu selama dua hari. 

Rakaman itu merekodkan lebih 25.2 juta tontonan bersama 1.5 juta tanda suka. 

“Ini adalah perbuatan melampau!” marah seorang netizen. 

“Bapa saya menghukum saya seperti ini dan akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dalam ijazah kejuruteraan!” kata netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI