fbpx

Houthi bedil kapal tangki di Laut Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL M/T Cordelia Moon diserang di Laut Merah. - Foto YouTube

SANAA – Pemberontak Houthi yang menguasai ibu kota Yemen, Sanaa, menerbitkan rakaman video terbaru memaparkan mereka menyerang sebuah kapal tangki di Laut Merah dengan menggunakan dron, lapor laman berita gCaptain semalam.

Kapal tangki yang menjadi sasaran serangan ialah M/T Cordelia Moon. Kapal itu didakwa Houthi mempunyai kaitan dengan United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) walaupun mengibarkan bendera Panama.

Serangan menggunakan dron itu berlaku pada Selasa lalu. Semasa kejadian, kapal itu tidak membawa muatan dan tidak karam.

Menurut Pusat Maklumat Maritim Bersama (JMIC), kapal itu diserang semasa belayar di selatan Laut Merah, kira-kira 118 kilometer dari Al Hudaydah di  Yemen. 

Kapten kapal itu berkata, serangan berlaku dalam beberapa peringkat.

Sebelum dron mengenai M/T Cordelia Moon dan menyebabkan kebakaran, empat peluru berpandu meletup berhampiran kapal tersebut.

JMIC mengesahkan bahawa M/T Cordelia Moon mengalami kerosakan tetapi tidak memerlukan bantuan. 

Semua anak kapal dilaporkan selamat dan kapal itu menuju ke pelabuhan seterusnya. 

Penilaian ancaman semasa menunjukkan kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel, AS atau UK berada dalam risiko tinggi untuk diserang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI