fbpx

Kampus tempat pelajar ‘introvert’ menonjolkan diri – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry beramah mesra dengan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.

PETALING JAYA – Menjalani kehidupan sebagai pelajar di kampus adalah masa dan ruang untuk pelajar yang tergolong sebagai ‘introvert’ menonjolkan diri.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, menjalani kehidupan di kampus membolehkan membina hubungan dengan masyarakat.

“Kepada pelajar-pelajar yang ‘introvert’, inilah masa dan ruang untuk anda belajar sesuatu dan menonjolkan diri. Kehidupan di kampus sangat berharga.

“Jangan sia-siakan tempoh pengajian anda. Dalam kita berpersatuan, jangan pernah abaikan tanggungjawab utama iaitu mencapai kecemerlangan dalam akademik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

‘Introvert’ adalah mereka yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada diri sendiri, tidak suka bergaul dengan masyarakat atau dunia luar.

Terdahulu, Zambry berkata, beliau semasa remaja juga seorang yang tiada keberanian dan ‘takut-takut’, tetapi berubah ketika bersekolah menengah dan memasuki universiti.

Jelas beliau, kampus adalah tempat menuntut ilmu dan juga sebagai tempat membina hubungan dengan masyarakat.

“Ambil ruang dan peluang sebaiknya untuk terlibat dengan organisasi dan berpersatuan. Ini yang selalu saya sebutkan, kita mahu melahirkan graduan yang mempunyai pakej ‘otak dan watak’.

“Manusiawai yang cemerlang akademik dan pada masa sama mempunyai jati diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI