fbpx

13 kampung di Baling terjejas banjir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Bukit Endoi, Baling malam tadi. - Foto ihsan APM Baling

BALING – Seramai 239 orang daripada 83 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) sejak semalam selepas kira-kira 13 kampung di Baling dilanda banjir kilat.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Charuk Bakap, Kampung Parit Panjang, Kampung Tembak B, Kampung Baru, Kampung Pokok Setol, Kampung Depan Sekolah, Kampung Bukit Endoi dan Kampung Tanjung Pari.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 65 orang diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang 58 orang, Dewan Orang Ramai Banggol Derom 36 orang dan SK Siong 35 orang.

Tiga lagi adalah Surau Kampung Lahar 26 orang, SK Seri Bayu 24 orang dan Dewan Surau Al Baraqah Tembak B 10 orang.

Sementara itu, Sungai Ketil di Baling merekodkan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI