fbpx

Bentong International Half Marathon dapat penyertaan sembilan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUNG SYEFURA (empat dari kiri) bersama Pegawai Daerah Bentong Datuk Mohammad Shahid Ismail (tiga dari kiri) dalam sidang akhbar penganjuran Bentong International Half Marathon di Padang Tras di Bentong hari ini.

BENTONG – Acara Bentong Half Marathon yang merupakan acara larian tahunan ke kawasan eko-pelancongan Air Terjun Chamang di sini kini mendapat sambutan menggalakkan apabila turut mendapat penyertaan daripada peserta luar negara.

Susulan itu juga acara berkenaan kini ditukar nama kepada Bentong International Half Marathon 2024 yang dijadualkan diadakan pada 12 Oktober depan.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila kira-kira 1,000 peserta telah mendaftar bagi menyertai acara itu termasuk peserta tempatan dan dari luar negara.

“Selain peserta tempatan terdapat peserta luar negara telah mendaftar iaitu daripada lapan negara seperti Sepanyol, Jerman, China, Nepal, Vietnam dan Jepun, pendaftaran masih lagi meningkat.

“Larian yang diadakan serentak dengan Hari Sukan Negara itu amat menarik kerana laluannya ke Air Terjun Chamang menyajikan keindahan alam semula jadi,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, acara anjuran Pejabat Parlimen Bentong dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) kali ini itu juga akan disertai pelajar-pelajar Palestin yang belajar di negara ini.

Menurut Young Syefura, selain trofi peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000.

Sementara itu beliau memberitahu, penganjuran acara ini melibatkan tiga kategori iaitu 5, 10 dan 21 kilometer.

Katanya, peserta akan dibahagikan kepada lelaki dan wanita veteran dan lelaki dan wanita dewasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI