fbpx

Mangsa banjir di Perak cecah 200 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di PPS SK Matang Gelugor yang dibuka malam semalam.

TAIPING – Seramai 200 orang mangsa yang terjejas akibat bencana banjir direkodkan di Kerian serta Larut, Matang dan Selama setakat pukul 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 39 orang mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di Kerian.

Katanya, baki 161 mangsa daripada 56 keluarga di Larut, Matang dan Selama ditempatkan di tiga buah PPS, antaranya PPS Masjid Al-Wusta Batu 8, Jalan Trong yang menempatkan 81 mangsa.

“Dua lagi PPS ialah PPS Masjid Nurul Hidayah Kampung Sungai Bemban Kuala Trong (30 mangsa) dan PPS SK Matang Gelugor, Matang (50 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengikut rekod, jumlah mangsa banjir adalah seramai 145 orang daripada 51 keluarga semalam sebelum ia meningkat kepada 200 orang (67 keluarga), selepas PPS SK Matang Gelugor dibuka pada pukul 9 malam semalam.

Menurutnya, kawasan terjejas di Kerian ialah Kampung Matang Tengah manakala di Larut, Matang dan Selama ialah Kampung Batu 9 Changkat Jering, Kampung Kuala Trong, Kampung Sungai Punggur, Kampung Matang Gelugor, Kampung Matang Pasir dan Kampung Jebong Kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI