fbpx

Remaja cedera kena garpu, bukan disembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis ke lokasi selepas berlaku pergaduhan antara seorang lelaki dan seorang remaja di sebuah kawasan perumahan di Kuantan kelmarin.

KUANTAN – Polis menafikan berlaku kejadian sembelih melibatkan seorang remaja yang dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki dalam kejadian tular di sebuah kawasan perumahan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian itu melibatkan pergaduhan antara seorang lelaki berusia 25 tahun dan remaja lelaki 12 tahun yang mempunyai talian persaudaraan.

Katanya dalam kejadian pergaduhan itu menyaksikan lelaki dewasa berumur 25 tahun berkenaan telah mencederakan seorang remaja lelaki di bahagian leher menggunakan garpu.

“Pihak polis menafikan berlakunya insiden remaja disembelih sepertimana yang tular dalam media sosial.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian ini di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya berdasarkan siasatan, kejadian itu melibatkan pergaduhan seorang lelaki dan remaja yang mempunyai pertalian persaudaraan dan kedua-duanya tidak mengalami kecederaan serius serta dirawat sebagai pesakit luar.

“Setelah mengalami kecederaan di bahagian leher, remaja tersebut telah melarikan diri ke rumah jiran dan mengakibatkan berlaku kekecohan antara jiran dan individu yang mencederakan remaja berkenaan.

“Kedua-duanya kemudian telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan siasatan mendapati suspek yang merupakan seorang pelajar sebuah universiti awam di Terengganu telah mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari yang lalu.

Bagaimanapun katanya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian air kencing juga negatif daripada salah guna dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI