fbpx

Banjir di Johor makin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir terutamanya di Kota Tinggi, Johor pulih sepenuhnya hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di Johor semakin bertambah baik apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan kepada seramai 3,566 orang setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, keluarga yang terlibat adalah sebanyak 903 buah keluarga.

Ujarnya, mereka semua ditempatkan di sejumlah 32 PPS yang masih dibuka di seluruh negeri ketika ini.

“Kesemua mangsa yang terjejas adalah dari daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Batu Pahat, Pontian dan Segamat.

“Manakala daerah Kulai, Tangkak dan Muar tidak menunjukkan sebarang rekod terdapat mangsa terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jumlah 3,566 itu menunjukkan pengurangan daripada jumlah mangsa yang direkodkan pada pukul 4 petang semalam iaitu seramai 4,116 mangsa daripada 1,036 buah keluarga.

Tambah Vidyananthan, masyarakat juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini.

“Sementara itu, keperluan asas khususnya makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di 32 PPS seluruh negeri disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI