fbpx

Pemuda marah polis keluar saman trafik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda ditahan selepas mengeluarkan kata kesat kepada anggota polis trafik, semalam.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki menerima padah apabila ditahan di sebuah rumah di Taman Paya Terubong, Air Itam di sini semalam selepas disyaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis trafik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, lelaki berusia 25 tahun itu direman tiga hari sehingga 5 Oktober ini untuk membantu siasatan pihak polis.

“Satu klip video berdurasi 3 minit 28 saat memaparkan seorang penunggang motosikal sedang memarahi seorang pegawai polis trafik dengan menggunakan kata kesat tular di aplikasi WhatsApp pada pukul 7.50 petang, semalam.

“Lelaki ini berbuat demikian selepas tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan saman oleh pegawai polis trafik tersebut,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, terdapat satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis trafik berkenaan pada Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada Rabu lalu, kira-kira pukul 6.45 petang berhampiran Lebuh Raya Thean Teik, Ayer Itam.

“Saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal tersebut atas kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah,” katanya di sini lewat malam tadi.

Tambahnya, kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI