fbpx

Gadis Indonesia akui lelaki Malaysia paling rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elsa Widianti mengakui penampilan lelaki Malaysia kelihatan sangat rapi.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh media sosial wanita dari Indonesia mengakui penampilan lelaki Malaysia yang dilihatnya sangat rapi.

Pempengarauh yang mengguankan gelaran Elsa Widianti itu berkata, ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia perkara pertama yang dilihatnya adalah penampilan lelaki di sini begitu rapi.

“Perkara yang paling menarik perhatian saya adalah melihat penampilan orang Malaysia yang kemas terutama golongan lelaki.

“Saya lihat di mana-mana sahaja mereka tidak berpakaian lusuh, rambut dijaga elok. Memang penampilan lelaki Malaysia begitu rapi dan kemas,” jelasnya melalui satu klip video di saluran Youtubenya.

Dalam pada itu, dia turut menyenaraikan 12 perkara yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dan tidak berlaku di negaranya antaranya adalah gemar mendengar saluran radio tempatan.

“Satu lagi yang saya terkejut adalah, orang Malaysia suka dengar radio tempatan mereka, saya lihat mereka begitu asyik ketika memandu sambil mendengar radio mereka.

“Sekarang banyak aplikasi muzik yang ada dalam setiap kenderaan, tetapi mereka tetap pilih radio tempatan mereka. Mereka begitu cintakan barangan mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI