fbpx

Negara berjaya kurangkan kerugian bencana banjir kepada RM755 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID melancarkan Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional di PPKB Taman Kota Jaya, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Negara berjaya mengurangkan kerugian akibat bencana banjir sepanjang tahun 2023 kepada kira-kira RM755 juta berbanding 1.03 billion ringgit tahun sebelumnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengurangan kerugian bencana banjir sebanyak RM275 juta pada tahun lalu adalah hasil daripada pengurusan cekap dan berkesan susulan pelaksanaan konsep Pengurangan Risiko Bencana.

Katanya, negeri terutama yang kerap dilanda banjir juga diseru agar melakukan persediaan dan menambah baik cara pengurusan risiko menghadapi bencana alam itu menjelang Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.

Menurutnya, langkah tersebut penting dalam mengurangkan korban nyawa, kerugian serta kemusnahan harta benda kesan daripada bencana alam itu.

“Langkah-langkah ini kita akan laksana seluruh negara dan saya meminta semua pengerusi jawatankuasa bencana negeri di mana SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) adalah pengerusinya (membuat langkah persediaan itu).

“Maka langkah sama hendak dilakukan. Kita juga baru mendapat kelulusan Kabinet dua minggu lalu iaitu dasar pengurangan risiko negara dan SOP (Prosedur Operasi Standard) itu digunakan untuk koordinasi dalam mengurangkan risiko bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional di Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Tambahnya, walaupun bencana tidak boleh dielakkan namun risiko bencana boleh diuruskan dengan impaknya boleh diminimumkan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI