fbpx

TFC masih mampu bayar hutang Adisak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADISAK menuntut beberapa pembayaran yang masih belum dilunaskan oleh TFC yang berikrar untuk menyelesaikannya. - FB TFC

TERENGGANU TC (TFC) memberi jaminan mematuhi arahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain import, Adisak Kraisorn.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd. Sabri Abas menjelaskan tunggakan gaji tersebut bukanlah mencecah enam angka seperti didakwa bekas pemain kebangsaan Thailand tersebut.

“Bukan enam angka sebaliknya cuma gaji bulan Disember 2023 yang masih ditahan atas alasan untuk diperhalusi pelbagai tuntutan dibuat seperti yuran tandatangan dan tiket penerbangan.

“Tunggakannya hanya lima angka dan ia masih dalam kemampuan kelab,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Terdahulu tular di media sosial surat dikeluarkan peguam mewakili Adisak mendesak gaji bekas bintang Thailand segera dilunaskan TFC.

Berdasarkan surat itu, skuad Sang Penyu berisiko dikenakan tindakan sekatan pembelian pemain oleh FIFA sekiranya gagal mematuhi arahan tersebut.

Mohd. Sabri memberitahu tunggakan gaji Adisak tersebut turut merangkumi pembayaran kepada pihak ketiga iaitu sewaan rumah dan kenderaan bagi bulan Disember 2023 seperti termaktub di dalam kontrak.

Jelas beliau, TFC menerima surat arahan oleh badan organisasi bola sepak dunia tersebut pada 31 Ogos lalu.

“Kami diberi tempoh 45 hari untuk menjelaskan tunggakan gaji Adisak. Tindakan penyelesaian akan dibuat mengikut tempoh ditetapkan FIFA. Pemain terbabit serta ejennya juga sentiasa berhubung dengan berhubung tunggakan berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI