fbpx

Badrul Afzan kekal sampai akhir musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADRUL AFZAN (kiri) pada sesi latihan menjelang aksi Liga Super menentang PDRM di Kompleks Sukan Gong Badak hari ini. - PUQTRA HAIRRY

TERENGGANU FC (TFC) berhasrat memberi kepercayaan kepada pengendali sementara, Badrul Afzan Razali mengemudi skuad Sang Penyu sehingga akhir musim ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah TFC Sdn. Bhd., Hishamuddin Abdul Karim berkata, Badrul Afzan akan diberi peluang sewajarnya untuk menunjukkan kemampuan dan kemungkinan dikekalkan sekiranya ‘lulus’ dengan cemerlang. 

“TFC tidak berhasrat untuk segera melantik ketua jurulatih baharu menggantikan Tomislav Steinbruckner dalam masa terdekat.

“Sebarang keputusan berhubung jawatan tersebut hanya akan dinilai sebaik musim ini melabuhkan tirai termasuk kemungkinan melantik Badrul Afzan sebagai pengendali baharu,” katanya.

Hishamuddin berkata, buat masa ini kelab akan memberi sokongan dan kepercayaan terhadap  Badrul Afzan untuk membimbing TFC sehingga berakhirnya musim ini pada pertengahan tahun depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu berkata, TFC juga tidak akan meletakkan sasaran untuk beliau demi tidak meletakkan tekanan terhadap bekas pemain Terengganu berkenaan. 

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu keputusan ‘berpisah’ dengan Steinbruckner dibuat berikutan kekalahan 0-1 kepada Selangor pada minggu lalu.

“Sejurus kekalahan itu, Steinbruckner telah menyerahkan mandat kepada pengurusan untuk menentukan masa depannya. Hasil perbincangan, kedua-dua pihak setuju untuk mengambil haluan berbeza,” katanya. 

Hishamuddin percaya Badrul Afzan mampu meningkatkan kembali prestasi TFC berdasarkan pengalamannya sebelum ini. 

Tambah beliau, tidak timbul isu konflik atau perpecahan dalam pasukan sebaliknya menuntut barisan kejurulatihan dan pemain TFC bangkit pada perlawanan bertemu PDRM malam esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI