fbpx

Tukar kasut bawa tuah buat Alcaraz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ menampilkan kebangkitan luar biasa untuk menjuarai Terbuka China dengan menewaskan Sinner di final kelmarin. - AFP

BEIJING – Bintang tenis No. 2 dunia, Carlos Alcaraz mempamerkan aksi luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jannik Sinner dalam aksi penuh mendebarkan dengan kemenangan tiga set 6-7(6), 6-4, 7-6(3) pada final Terbuka China kelmarin.

Perlawanan epik berlangsung selama tiga jam 20 minit di Stadium Diamond itu menyaksikan kedua-dua pemain saling bertukar serangan dalam pertarungan sengit yang dipenuhi dengan deuce dan peluang breakpoint yang tidak disempurnakan.

Alcaraz hampir tewas ketika ketinggalan 0-3 dalam tie-break penentuan, namun menghasilkan kebangkitan luar biasa selepas menukar kasut dengan memenangi tujuh mata berturut-turut untuk mencatat kemenangan dramatik.

“Ia adalah perlawanan yang sangat sengit. Jannik (Sinner) sekali lagi membuktikan dia antara yang terbaik di dunia. Dia menunjukkan prestasi fizikal dan mental yang luar biasa dalam perlawanan,” kata Alcaraz.

Sinner yang turut memberikan aksi hebat sepanjang perlawanan, mengakui kehebatan Alcaraz dan berjanji untuk bangkit semula pada masa akan datang.

“Alcaraz dan pasukan telah melakukan tugas yang luar biasa kali ini. Saya yakin kita akan bertemu lagi di masa hadapan,” kata Sinner.

Kemenangan itu melengkapkan satu lagi musim cemerlang buat Alcaraz yang mencatat rekod 8-1 menentang pemain elit lima teratas dunia tahun ini dengan satu-satunya kekalahannya adalah kepada Novak Djokovic di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kemenangan di Terbuka China turut mengukuhkan status Alcaraz sebagai salah satu bintang tenis paling dominan pada masa kini sekali gus mengesahkan potensinya untuk mencabar takhta No. 1 dunia dalam masa terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI