fbpx

Pencuri wang derma masjid temui jalan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pencuri itu ditangkap oleh penduduk tempatan sebelum polis tiba. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas melarikan diri bersama wang tabung derma sebuah masjid di Klaten, wilayah Jawa Tengah, lapor saluran berita Detik News semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) pada 30 September lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kabar_klaten memaparkan lelaki itu ditangkap dan dipukul oleh penduduk tempatan. 

“Pencuri wang derma masjid melarikan diri dengan motosikal sebelum dikejar oleh penduduk tempatan.

“Dia kemudian ditangkap selepas masuk dalam sungai bersama motosikalnya,” demikian menurut keterangan video itu. 

Ketua Polis Cawas, AKP Umar Mustofa berkata, suspek cuba melarikan diri tetapi gagal kerana melalui jalan mati.

“Suspek melalui jalan mati menyebabkan dia sanggup melemparkan dirinya ke dalam sebatang sungai sedalam 25 meter.

“Wang yang dicuri berjumlah 19,000 rupiah (RM5),” tambah Umar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI