fbpx

Musim ini Arsenal menang EPL – Saka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (tengah) dijangka mampu mencetak jaringan apabila menentang Southampton malam esok. - AFP

LONDON – Bintang Arsenal, Bukayo Saka melaungkan keyakinan bahawa edisi Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini akan menyaksikan penantian 21 tahun kelab berkenaan untuk menjulang kejuaraan EPL bakal terlerai.

The Gunners berjaya memahat status mereka sebagai pencabar utama selepas bersaing sengit dengan juara bertahan, Manchester City tetapi terpaksa akur sekadar bergelar naib juara.

Bagaimanapun, edisi 2024/25 ini dilihat sebagai musim terbaik buat Arsenal menamatkan kemarau lama berkenaan sejak kali terakhir menjuarai gelaran dimenangi skuad ‘Invincibles’ kendalian Arsene Wenger pada 2003/04.

“Saya tidak mahu letakkan tekanan terlalu tinggi kepada kami tetapi saya dapat rasakan ini adalah tahunnya (Arsenal menang gelaran EPL.

“Saya fikir kami dah dua musim berturut-turut memberikan cabaran sengit dan dapat merasakan ia sudah semakin hampir. Saya harap kami dapat lakukannya kali ini,” kata Saka.

Saka sentiasa konsisten menampilkan prestasi terbaik termasuk menjaringkan satu gol ketika menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Emirates kelmarin.

“Semangat dalam diri saya tidak mahu lagi menjadi naib juara. Kami mempercayai antara satu sama lain dan malam ini (kelmarin) kami telah membuktikan kemampuan pasukan ini,” tambah Saka.

Selain Saka, seorang lagi bintang Arsenal, Kai Havertz turut menjadi sandaran Mikel Arteta memburu jaringan menjelang aksi EPL menentang Southampton di Stadium St. Mary malam esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI