fbpx

Cadang sekolah Heawood dinamakan SJKT Tun S. Samy Vellu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SJKT Heawood di Sungai Siput, Kuala Kangsar akan dirasmikan Perdana Menteri pada Ahad ini.

IPOH – Komuniti India di negeri in berharap Perdana Menteri mempertimbang untuk menamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di Sungai Siput yang bakal dirasmikan pada 6 Oktober ini sebagai SJKT Tun S. Samy Vellu.

Penganalisis sosio-politik negara, Datuk M. Periasamy berkata, cadangan penukaran nama sekolah itu adalah bagi mengenang jasa mendiang kepada pembangunan sekolah dan pendidikan Tamil di negara ini.

Beliau berkata, Parlimen Sungai Siput merupakan kawasan tradisi Presiden MIC sejak pilihan raya pertama diadakan pada 1955 sehingga kini.

“Malah Presiden MIC ke-7, Samy Vellu pernah bertanding dari awal sehingga tamatnya kerjaya politiknya dari 1974 hingga 2008 selama hampir 34 tahun.

“Mendiang bukan sahaja berkhidmat sebagai menteri Kabinet dan Menteri Kerja Raya, bahkan berjaya membangunkan kawasan Sungai Siput dengan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bukan itu sahaja, Periasamy memberitahu, Samy Vellu juga menghabiskan sebahagian besar kehidupan dan kerjayanya untuk pembangunan sekolah dan pendidikan Tamil di Malaysia.

“Dengan itu beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Sekolah Tamil dalam kalangan komuniti India di Malaysia,” katanya.

Jelas beliau, sekolah tersebut merupakan antara tujuh sekolah Tamil yang baru diluluskan oleh pentadbiran kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Periasamy berkata, kerajaan ketika itu dilaporkan telah luluskan pembinaan sekolah tersebut di atas tanah seluas 5.9 hektar dengan peruntukan RM11.1 juta pada 2017.

“Kerja-kerja pembinaan bermula dan bayaran sebanyak RM3.3 iuta telahpun dibelanjakan, tetapi kerja-kerja pembinan tergendala atas pelbagai masalah yang timbul termasuk pertukaran tampuk kepimpinan kerajaan.

“Namun kos pembinaan telah meningkat kepada RM 13.1 juta pada tahun 2020. Tambahan sebanyak RM5.3 juta diperlukan untuk meneruskan projek pemimbinan yang tergendala sementara waktu itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI