fbpx

12 pusat kuarantin GISBH dikesan dalam, luar negara – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZARUDIN

PETALING JAYA – Sebanyak 12 pusat kuarantin GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dipercayai menjadi tempat indoktrinasi dan penderaan mental terhadap ahlinya yang bermasalah, berjaya dikesan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussein berkata, 10 daripada pusat kuarantin itu terletak di Malaysia manakala dua lagi pusat adalah di luar negara (Indonesia dan Turki).

Jelasnya, ia berjaya dikesan susulan pendedahan yang di muat naik menerusi akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesar (Pukas), baru-baru ini.

“Siasatan lanjut ke atas 10 pusat kuarantin tersebut mendapati bahawa 3 pusat kuarantin sahaja berjaya diserbu pada 21 September 2024, manakala 7 lagi pusat kuarantin didapati tidak beroperasi.

“Tiga pusat kuarantin yang berjaya diserbu adalah di Air Bintan, Kota Tinggi (Pusat Perniagaan & Ikhwan Resort), Labu Lanjut (Sepang) dan Batu Hampar (Perak).

“Siasatan sehingga kini masih belum menunjukkan elemen-elemen lokasi tersebut dijadikan pusat kuarantin,” ujarnya.

Mengulas mengenai dakwaan kanak-kanak GISBH yang diselamatkan tidak dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga, Razaradin menegaskan ibu bapa kepada kanak-kanak diselamatkan ini juga merupakan suspek yang disiasat dalam kes pengabaian.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001, pihak JKM merupakan agensi yang diberikan kuasa oleh pihak mahkamah melalui perintah jagaan sementara untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di bawah jagaan mereka.

“Hal ini apabila wujud aduan berlaku pengabaian, penderaan atau penganiayaan oleh ibubapa atau penjaga sehingga suatu siasatan menyeluruh dijalankan dan keputusan siasatan dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI