fbpx

112,658 kenderaan Singapura mohon VEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKE SIEW (tiga dari kanan) melihat sebuah kenderaan pendaftaran Singapura melepasi sistem VEP sejak dikuatkuasa mulai 1 Oktober di laluan keluar Bangunan Sultan Iskandar (BSI) , Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sebanyak 112,658 kenderaan pendaftaran Singapura telah memohon Permit Masuk Kenderaan (VEP) setelah pelaksanaan penguatkuasaan VEP di pintu sempadan darat Malaysia – Singapura telah bermula, kelmarin.

Jumlah pendaftaran itu telah melebihi sasaran awal iaitu sekitar 80,000 hingga 100,000 kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75,412 kenderaan yang telah memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP manakala selebihnya belum diaktifkan atau dipasang pemilik kenderaan.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati ada kenderaan dari Republik itu yang masih belum mendaftar VEP.

“Kaedah penguatkuasaan dijalankan secara berfasa iaitu dengan kaedah pengeluaran notis peringatan kepada pemilik dan pemandu kenderaan Singapura yang belum membuat pendaftaran VEP.

“Penguatkuasaan dilaksanakan di laluan keluar (outbound) Malaysia-Singapura secara rawak di kedua-dua pintu masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) mendapati daripada 678 kenderaan diperiksa, hanya 50 notis dikeluarkan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke CIQ BSI.

Dalam pada itu, Siew Fook memberitahu, pihak berkuasa akan memberi tempoh masa tertentu kepada pemilik kenderaan Singapura untuk memohon VEP sebelum tindakan saman dikeluarkan.

Katanya, kementerian menyeru kepada pemilik kenderaan Singapura untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa memasuki dan keluar dari Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI